Saturday, November 19, 2011

Jika Aku begitu...amin

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


  • ‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...