Wednesday, July 1, 2009

MASIH TAK CUKUP HEBAT

LAPAN anggota Tentera Darat cedera ringan apabila kereta perisai yang mereka naiki terbalik selepas melanggar lori membawa getah beku di Kilometer 30 Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Kuantan, pagi semalam. Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, kereta perisai jenis Condor berpangkalan di Briged Empat Mekanis Kem Batu 10, Jalan Gambang, cuba mengelak lori di depannya yang memperlahankan kenderaan kerana sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua Polis Trafik daerah, Asisten Superintendan Goh Ewe Gee, berkata kereta perisai itu terbalik selepas melanggar belakang lori menyebabkan sebahagian daripada 15 tan getah beku bertaburan di jalan. Sementara itu, jurucakap Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan berkata, pemandu Condor yang terbabit dalam kemalangan itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan.
Dengan lori getah pun boleh kalah ke????

6 komen sudah di terima!:

Andy said...

kakaka~
seb baik lori bwk getah
kalo lori bwk menatang hidung dongoi tu...xke naya~

Mohd Roslee said...

tu la kena samak satu condor!

Rose said...

semerbak bau!!!!wakakkakak...

Anonymous said...

koman punya kereta perisai. Mcm mana nak bawak p berperang

ijad said...

kena ganti perisai jenis lain tu...

siti murni said...

lorr...ingatkan gagah perkasa..boleh tumbang jugak ye